Saturday, 11 April 2015

Doa perlindungan dari kehilangan nikmat dll.


اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيْعِ 
سَخَطِكَ 

Maksud :

Ya Allah sesungguhnya aku mohon berlindung dengan Engkau dari kehilangan nikmat (dari) Engkau, dan dari perginya keselamatan (dari) Engkau, dan dari kejutan azabMu, dan dari segala kemarahan Engkau.

Sila lihat terjemahan harfiah / per-kata di bawah:

Doa ketika kesusahan atau pun dalam keadaan tertekan.


اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksud;


Ya Allah, rahmatMulah yang aku pohon, maka janganlah Engkau biarkan / tinggalkan aku kepada diriku sendiri sekelip mata pun, dan perelokkanlah bagiku urusanku kesemuanya, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.

Sila lihat terjemahan harfiah / per-kata di bawah:

Doa Penerang Hati


اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَ انْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزٓائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ٠

Maksud:

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Engkau, dan curahkanlah ke atas kami khazanah rahmat Engkau, wahai sebaik-baik dari mereka yang penyayang.


Sila lihat terjemahan harfiah / per-kata di bawah:

Friday, 10 April 2015

Bacaan ketika ditimpa musibah.


اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ اَللهُمَّ عِنْدَكَ اَحْتَسِبُ مُصِيْبَتِيْ فَأْجُرْنِيْ فِيْهَا وَ اَبْدِلْنِيْ بِهَا خَيْرًا مِنْهَا

Maksud :

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali. Ya Allah disisi Engkau aku memohon pertimbangan atas musibah yang menimpaku. Berilah balasan yang baik kepadaku disebabkannya. Dan gantikanlah dengannya sesuatu yang lebih baik daripada kehilangan itu.

Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata ;

Thursday, 9 April 2015

Doa memudahkan kesukaran

اللهُمَّ لَا سَهْلَ اِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَ اَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ اِذَا شِــئْتَ سَهْلًا


Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menjadikan kesukaran itu mudah jika Engkau kehendaki.

Sila lihat terjemahan harfiah / per-kata di bawah:

Monday, 6 April 2015

Zikir atau wirid pada waktu pagi


سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَ زِنَةَ عَرْشِهِ وَ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Maksud:

Maha Suci Allah dan dengan pujian bagiNya, sebanyak bilangan makhluk ciptaanNya, dan semana redha diriNya, dan seberat timbanganNya dan sebanyak tinta kalimat-kalimatNya.

Sila lihat terjemahan harifiah / perkata di bawah:

Thursday, 2 April 2015

Doa mohon diperkayakan dengan ilmu, akhlak mulia, ketaqwaan dan kesihatan.

اللهُمَّ اَغْنِنِيْ بِالْعِلْمِ وَ زَيِّنِيْ بِالْحِلْمِ وَ اَكْرِمْنِيْ بِالتَّقْوَى وَ جَمِّلْنِيْ بِالعَافِيَةِ •

رواه ابن النجار عن ابن عمر

كتاب مختار الاحاديث النبوية

Maksud :

Ya Allah, perkayakan aku dengan ilmu, dan perhiaskan aku dengan kesantunan, dan muliakan aku dengan ketaqwaan, dan percantikkan aku dengan kesihatan.

Sila lihat terjemahan harfiah / per-kata di bawah :