Saturday, 11 April 2015

Doa Penerang Hati


اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَ انْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزٓائِنِ رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ٠

Maksud:

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Engkau, dan curahkanlah ke atas kami khazanah rahmat Engkau, wahai sebaik-baik dari mereka yang penyayang.


Sila lihat terjemahan harfiah / per-kata di bawah:


حِكْمَتَ
نَا
عَلَى
 (عَلَيْنَا)
افْتَحْ
اَللّٰهُمَّ
hikmat
kami
atas
rahmatMu
Ya Allah
مِنْ
عَلَيْنَا
انْشُرْ
وَ
كَ
dari
atas kami
curahkan
dan
Engkau
الرَّاحِمِيْنَ٠
اَرْحَمَ
يَا
رَحْمَتِكَ
خَزٓائِنِ
dari kalangan pengasih-pengasih.
sebaik-baik (Pengasih)
wahai
rahmat Engkau
khazanah

Catatan:

نَا + عَلَى = عَلَيْنَا

Doa penerang hati ini diajar di sekolah-sekolah dalam negara sejak daripada tadika sehinggalah sekolah Menengah sebelum ke Universiti atau Kolej. Ramai rakyat Malaysia beragama Islam menghafalnya bagi tujuan dipermudahkan oleh Allah untuk memahami dan menguasai pelajaran yang diajarkan.

Tetapi mungkin kerana ianya terlalu biasa dan dilihat doa yang mudah, ramai yang mengabaikannya kemudian hari. Sehinggakan ada yang malu untuk membawanya sebagai doa selepas solat berjamaah. Ada juga ustaz yang memarahi pelajarnya jika hanya membawa doa ini semasa menjadi imam. Seolah-olah tidak ada doa yang lain dihafalnya.

Diharap seberapa banyak pun doa yang kita hafal dan kuasai kemudiannya, janganlah kita meremehkan doa ini. Teruslah mengamalkannya sehingga kita akhir hidup kita.

Saya pernah bertemu dengan seseorang yang telah bercerita dengan saya.  Beliau telah diajar oleh ustaz beliau doa ini semasa kanak-kanak lagi. Ustaz tersebut mengajarnya membaca doa ini dalam kuantiti yang sangat banyak. 

Hasil mengamalkan doa ini, beliau telah mendapat beberapa kelebihan, yang pada pandangan saya semacam kebolehan psikik. Contohnya dalam menunggu bas datang untuk pergi ke sekolah beliau dapat melihat gambaran bas tersebut bergerak walaupun ianya belum tiba di tempat menunggu itu.

Beliau seterusnya mengatakan kebolehan tersebut pada waktu dewasa telah berkurangan. Ini disebabkan beliau tidak menjaga perbuatan daripada melakukan perkara yang dilarang seperti dosa. Antaranya minuman keras.

Tetapi walaupun begitu, beliau masih lagi mempunyai sasi baki kebolehan itu, antaranya beliau dapat meneka umur saya dengan tepat untuk kedua-dua digit nombor.

Jika doa itu sangat berkesan untuk orang seperti ini bayangkan jika ia diamalkan oleh orang-orang baik dan menjaga perbuatan mereka dari melakukan dosa sehari semalam.

1 comment:

  1. BetMGM partners with BetMGM for New Jersey sports
    BetMGM is offering new customers a complimentary 천안 출장마사지 sportsbook and 익산 출장샵 mobile app for the 수원 출장샵 first time. If you 강원도 출장샵 need any information on BetMGM sportsbook app 논산 출장안마 or

    ReplyDelete