Friday 27 March 2015

Doa perlindungan daripada bisikan, hembusan dan ludahan syaitan, dan dari kehadiran mereka.

اَعُوْذُ بِاْللهِ الْسَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الْرَّجِيْمِ مِنْ هَمْزِهِ وَ نَفْخِهِ و نَفَثِهِ وَ اَعُوْذُ بِكَ رَبّيْ اَنْ يَحْضُرُوْنِيْ •

Maksud :

Aku (mohon) berlindung dengan Allah, Yang Maha Mendengar juga Maha Mengetahui, daripada syaitan yang direjam, dari bisikannya, hembusannya dan ludahannya, dan aku berlindung dengan Engkau, Tuhanku, dari mereka mendatangiku.

Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata:

Penghulu Istighfar atau sayyidul istighfar


اَللهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ لَا اِلٰهَ اِلّاَ اَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَ اَنَا عَبْدُكَ وَ اَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اْسْتَطَعْتُ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ اَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ  عَلَيَّ وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاْغْفِرْلِيْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اْلذُّنُوْبَ اِلَّا اَنْتَ
Maksud :

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah kecuali Engkau, Engkau menciptakanku dan aku hambaMu, dan aku di atas perintahMu dan perjanjianMu semampuku, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan apa jua yang telah aku perbuat, aku mengaku kepada Engkau dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan ke atasku, dan aku mengaku atas dosa-dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa kesemuanya kecuali Engkau.

Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata:

Monday 16 March 2015

Doa minta hati yang taqwa, perlindungan daripada kemalasan, kebakhilan, azab kubur, ilmu yang tidak bermanfat dll

Doa minta hati yang taqwa.

اللهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَ عَذَابِ الْقَبْرِ اللهُمَّ آتِ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَ زَكِّهَا اَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا اَنْتَ وَلِيُّها وَمَوْلَاهَا اللهُمَّ اِنّيْ اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعِلْم لَا يَنْفَعُ وَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَ مِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَ مِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا 
Maksud :

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan dan malas dan kebakhilan dan kesan ketuaan dan azab kubur, Ya Allah kurniakanlah ketaqwaan kepada diriku dan bersihkanlah ia. Dan Engkaulah sebaik-baik yang membersihkannya. Engkau Pelindung dan Tuannya, Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan dari hati yang tidak khusyuk (patuh) dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan dari doa yang tidak diperkenankan.

Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata:

Friday 6 March 2015

Doa kebaikan dunia akhirat atau bacaan penghapus kesalahan


رَبَّنَا اٰتِنَا فِيْ اْلدُّنْيَا حَسَنَةً وَ فِيْ اْلآخِرَةِ  حَسَنَةً وَ قِنَا عَذَابَ اْلنَار

Maksud:

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami di dunia ini kebaikan, dan di akhirat juga kebaikan serta peliharalah kami dari azab api neraka.


Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata

Doa menaiki kenderaan



سُبْحَانَ اْلَذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَ مَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَ اِنَّا اِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ


Maksud:

Maha Suci Allah yang mempermudahkan ini (kenderaan/perjalanan) untuk kami. Dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya (secara hakiki). Sesungguhnya kami pastilah akan kembali kepada Tuhan kami.

Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata

Ruqyah Jibrail

Doa atau bacaan jampi pelindung yang dinamakan Ruqyah Jibrail ini adalah diajar oleh malaikat Jibrail kepada Nabi SAW sebelum baginda mikraj ke langit. Juga dikenali sebagai bacaan "kalimah taammah". 

اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اْللهِ اْلتَّامَّةِ  لََّتِيْ لَا  يُجاَوِزُهُنَّ بَارٌ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ اْلاَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا مَا يَنْزِلُ مِنَ اْلسَّمَاءِ  وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَا وَ مِنْ فِتَنِ الَيْلِ وَ اْلنَهَار وَ مِنْ طَوَارِقِ اْلَّيْلِ وَ اْلنّهَارَ اِلَّا طَارِقًا بِخَيْرٍ يَا رَحْمَانُ

Maksud :

Aku (mohon) berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna yang tidak melampauinya seorang yang baik mahupun seorang yang jahat dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari fitnah/cubaan-cubaan di malam dan siang dan dari (kejahatan) jalan-jalan  malam dan siang, kecuali satu jalan dengan kebaikan, wahai Yang Maha Penyayang.


Sila lihat di bawah untuk terjemahan harfiah / per-kata